Tuesday 9 June 2020

Kekuatan

Manusia tidak akan pernah terlepas dari ujian. Kerana itu salah satu tanda, Allah sedang 'memberitahu' dan mengajar kita sesuatu. Teruslah yakin dan kuat.

Kekuatan perlu dicari dan dicipta, bukan hanya ditunggu.

Kenapa Wanita Sangat Mulia?

Wanita dimuliakan dengan banyak perkara.

Wanitalah yang menjadi isteri, tulang belakang suami, penjaga rumah tangga. 

Wanitalah yang menjadi ibu, madrasah didikan pertama untuk anak-anak. 

Wanitalah yang mengandung, melahirkan dan menyusukan anak. 

Wanitalah yang perlu berpakaian penuh lengkap untuk solat. 

Wanitalah yang perlu berlitup lebih dari lelaki untuk menutup aurat. 

Yang kadang kala terlihat sebagai suatu ujian dan nikmat dalam satu masa. 

Namun dengan sebab itu pasti Allah menyediakan tempat istimewa dan darjat tertinggi untuk wanita.

😊

Friday 10 July 2015

I’m a soul. And it only have one need. To be with God.


Aku hanya roh yang ditempatkan dalam satu jasad, kepunyaan duniawi. Manakala aku sendiri akan kembali kepada Pencipta aku. Jasad hanya material tumpangan milik dunia dan sebab itu ia akhirnya dikembalikan ke tanah.
Dunia ni tiada apa nilai jika dibandingkan dengan akhirat, jika kau sedar.
Rasulullah pun ada kata, ‘dunia ni ibarat bangkai yang busuk’.
Nilai itu akan dapat dilihat jika mata hati Allah beri izin celik, tidak buta.
Ya, mata hati. Kerana kita melihat dengan roh. Mata hanya medium untuk melihat. Tetapi sebenarnya yang melihat apabila ada signal/isyarat cahaya dipancarkan ke otak ialah roh manusia itu sendiri.
Aku, yang hanya roh.
Aku, yang hanya datang ke dunia dengan izin Allah.
Aku, yang hanya di sini sebagai abdi kepada Allah.
Aku, yang tidak punya apa asset dari asalku, hanya bawa janji yang perlu dikotakan.
Iaitu, untuk beribadah kepada Tuhanku, dan sebagai khalifah di bumi.
Janji itu benar. Ia pudar di jiwa seakan-akan tidak pernah termeterai. Sebagai ujian, Allah hilangkan ingatan manusia akan janji tersebut.
Tetapi Allah itu Maha Pemurah. Dia tidak meninggalkan kita begitu sahaja. Dia turunkan Al-Quran sebagai panduan, supaya kita ingat akan janji dahulu.

Oleh itu, 

Dear roh,
Teruskan usahamu kotakan janji.
Jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah.
Ingat, kau akan pulang kepada Tuhan bila masanya tiba.
Maka, bersedialah selalu.
Kepada Dia berdoalah selalu.
Kerana Dia tempat yang kita sembah dan tempat minta pertolongan.
Jangan malu, jangan malas!
Usaha, usaha dan usaha.
Agar kau dapat sebaik-baik tempat kembali di sisi Dia.
Dan redhaNya pasti.

-Ramadhan23, redup angin petang-
 He is pure and so our soul should return to.

Sang Burung


Sang burung

Dulu
Kau kecil
Tidak tahu apa apa
Diberi makan, diajar terbang,
gagal, diajar lagi
gagal, diajar lagi
Sehingga berjaya.
Kini
Kau sudah besar
Pandai terbang ke sana ke mari
Terbangnya semakin tinggi
Harapnya semakin tunduk
Terbang itu untuk mengenal Pencipta
Terbang itu untuk mengenal diri
Terbang itu untuk mengenal dunia
Dan pasti terbang itu
bersama tawakal
Dan pasti terbang itu
akan pulang ke gagang
bersama harapan dan cita-cita.
-quote15-

p/s- burung itulah aku! :)

wusroh tepi pintu


HIJRAH - USRAH TEPI PINTU
Tak pasti. Nak meneruskan pembacaan, mata sudah kuyu, badan terasa lesu, otak terasa tepu. Seperti TCA cycle sedang didownregulationkan. Rehat sebentar di katil clinical skill room, terdetik ‘kacau dia kejaplah’
Main ketuk-ketuk pintu PBL F. Buka pintu dan masuk. Dia tengah sibuk menulis kat papan putih ape yang di dah hafal. Aku baca. Tiba-tiba rasa cuak bila tengok tajuk tu aku dah baca tapi point-point tu macam aku dah lupa. Dalam hati,’Allahuakbar, kuatkan aku’
Aku tengok dia selalu cuak macam tu. Tapi tengok aku macam tenang je. Tapi dalam hati Allah je tahu cuak aku tahap apa.
Sembang-sembang.
Aku pun keluar. Tiba-tiba dia dating dekat dan sambung perbualan tadi. Maka terjadilah usrah tepi pintu. Dengan gelak tawa berisi yang aku rindu. Satu isi yang dia kongsikan ialah, ‘Hijrah itu membawa kebaikan.’
Aku teringat masa aku dalam perjalanan hendak pergi temuduga university tersebut. Aku naik bas seorang diri ke Terminal Bersepadu Selatan (BTS). Waktu itu, aku tahu diri ini memang nekad untuk meneruskan perjuangan dalam bidang perubatan ini. Minta kebenaran daripada mak abah untuk pergi temuduga dan mengambil keputusan untuk pergi sendiri sebab tidak mahu menyusahkan mereka. Tangan ini melambai mereka. Bibir ini mengukirkan senyum. Tapi hati ini rasa sayu tak terungkapkan. Hampir menitis air mata lantas ku seka. Dalam hati Allah detikkan satu kata-kata semangat penguat diri ‘Tak pe. Nak Berjaya memang kena berhijrah. Dulu nabi pun berhijrah ke Madinah, dan setelah itu terbentuklah negara Islam pertama dalam sejarah dunia.’
Ya. Hijrah itu bawa aku ke arah kebaikan. Kenal orang yang baik-baik. Tiada lagi aktiviti membuang masa di rumah tanpa beri manfaat. Pulangnya dengan niat untuk berkhidmat yang tiada dalam kamus hidup aku sebelum ini.
Bila ditafsir dengan akal yang Allah kurniakan, hijrah sememangnya memberi kebaikan bukan sahaja kepada individu tersebut sahaja malahan orang di sekelilingnya juga mendapat tempias akan kebaikan itu juga.
Percayalah.
Intan. Mohon tetap tabah dan kuat.
Biar orang buat kau. Jangan kau buat orang. Jaga mulut intan !!!!!!!!!!!!!!!
Intan
Puncak Banyan
29/05/15
8.16pm