Friday 10 July 2015

wusroh tepi pintu


HIJRAH - USRAH TEPI PINTU
Tak pasti. Nak meneruskan pembacaan, mata sudah kuyu, badan terasa lesu, otak terasa tepu. Seperti TCA cycle sedang didownregulationkan. Rehat sebentar di katil clinical skill room, terdetik ‘kacau dia kejaplah’
Main ketuk-ketuk pintu PBL F. Buka pintu dan masuk. Dia tengah sibuk menulis kat papan putih ape yang di dah hafal. Aku baca. Tiba-tiba rasa cuak bila tengok tajuk tu aku dah baca tapi point-point tu macam aku dah lupa. Dalam hati,’Allahuakbar, kuatkan aku’
Aku tengok dia selalu cuak macam tu. Tapi tengok aku macam tenang je. Tapi dalam hati Allah je tahu cuak aku tahap apa.
Sembang-sembang.
Aku pun keluar. Tiba-tiba dia dating dekat dan sambung perbualan tadi. Maka terjadilah usrah tepi pintu. Dengan gelak tawa berisi yang aku rindu. Satu isi yang dia kongsikan ialah, ‘Hijrah itu membawa kebaikan.’
Aku teringat masa aku dalam perjalanan hendak pergi temuduga university tersebut. Aku naik bas seorang diri ke Terminal Bersepadu Selatan (BTS). Waktu itu, aku tahu diri ini memang nekad untuk meneruskan perjuangan dalam bidang perubatan ini. Minta kebenaran daripada mak abah untuk pergi temuduga dan mengambil keputusan untuk pergi sendiri sebab tidak mahu menyusahkan mereka. Tangan ini melambai mereka. Bibir ini mengukirkan senyum. Tapi hati ini rasa sayu tak terungkapkan. Hampir menitis air mata lantas ku seka. Dalam hati Allah detikkan satu kata-kata semangat penguat diri ‘Tak pe. Nak Berjaya memang kena berhijrah. Dulu nabi pun berhijrah ke Madinah, dan setelah itu terbentuklah negara Islam pertama dalam sejarah dunia.’
Ya. Hijrah itu bawa aku ke arah kebaikan. Kenal orang yang baik-baik. Tiada lagi aktiviti membuang masa di rumah tanpa beri manfaat. Pulangnya dengan niat untuk berkhidmat yang tiada dalam kamus hidup aku sebelum ini.
Bila ditafsir dengan akal yang Allah kurniakan, hijrah sememangnya memberi kebaikan bukan sahaja kepada individu tersebut sahaja malahan orang di sekelilingnya juga mendapat tempias akan kebaikan itu juga.
Percayalah.
Intan. Mohon tetap tabah dan kuat.
Biar orang buat kau. Jangan kau buat orang. Jaga mulut intan !!!!!!!!!!!!!!!
Intan
Puncak Banyan
29/05/15
8.16pm

No comments:

Post a Comment